Saturday, 17 June 2017

Kisah seorang gadis.

Ini sebuah kisah seorang gadis. Dulu ada seorang gadis yang aaaaamat bahagia. Hidupnya penuh dengan keceriaan. Tiada masalah. Penuh dengan harapan agar dapat bawak balik segulung ijazah utk mak ayah tersayang. Hati nya langsung tiada luka. Sedikit pun tiada. Hari2 ibarat ingin hentikan masa kerana tak mahu masa berlalu pantas. Tambahan, adanya sahabat2 yang sentiasa mendukungnya apa jua keputusan, yang selalu ada disisi, yang sentiasa bersama, susah dan senang. Dulu juga, dia tak pernah keseorangan. 

Tapi itulah. Semua itu dulu. Saat berlakunya titik hitam dalam hidup dia, tiada lagi keceriaan di wajah nya seperti dahulu. Tiada lagi ukiran senyuman yang melambangkan hati nya saat itu. Yang ada hanya lah senyuman palsu yang ingin menyenangkan hati sekeliling. Saat itu hidup nya adalah palsu. Peritnya untuk berlakon hanya tuhan yang tahu. 

Sekelip mata. Sekelip mata semua keindahan itu hilang. Bayangkan orang2 yang sentiasa bersama nya, setiap minit setiap saat hilang sekelip mata. Mula menjauh sedangkan hati nya tidak mengerti apa2. bayangkan kau perlu hidup keseorangan, tanpa bahu sesiapapun.. Bila keseorangan, pelbagai perasaan yang datang. Sedih marah benci semua ada. Apa salah gadis itu, dia sendiri tak tahu.

Kenapa perlu orang lain mengarah2 hidup kita? Manusia mana yang berhak utk menentukan siapa kita perlu kawan?

Peritnya hidup untuk lalui sorang, mungkin orang lain pun tidak semampu dia. Ibarat hidup nya hilang tujuan. Makan tak, apa lgi bercakap dengan orang. Semua memerlukan masa. Berat susut ntah berapa kilo. Sedari hidup dia tak lama, dia pelan2 kayuh cari tuhan balik. Pelan2 gagahi diri walaupun diri dia dah penat. Semua nya dia berserah kpd Allah. Gadis itu mula ikhlaskan apa yg berlaku, mula redha apa jua ujian. 

Hanya Allah mengetahui keikhlasan diri dia. Gadis itu sekarang mula dekatkan diri dengan orang, paksa diri wlau hati nya belum spenuhnya sembuh. Bahkan sampai sekarang dia belum sepenuhnya move on. Siapa je mahu nak merasai apa yang dia lalui, dia pun tak mahu di timpa ujian seberat ini. Jika dapat di berikan peluang, akan gunaka masa sebaiknya utk mengubah takdir. Gadis itu hanya mampu berdoa utk diberikan ketenangan supaya dapat berdiri lagi.  

Sekian. Salam isyak hehe

No comments: