Thursday, 16 March 2017

"jenguk la pusara aku nnt.. aku mohon.."

sape yg duk utara ni, tahu la bahang panas nya cemana kan. Lebih2 lagi Perlis.. perghh sampaikan tido berkipas max speed pun boleh bpeluh.. tapi ni cuma panas dunia je (sedapkan hati+husnudzon) 

Tak sah kalau tak buat muka. haha miss you all so much <3
this entry special to my bestfriend.. diorang x tau pun psl blog aku ni.. kalau tahu, kantoi la yg aku sayang depa.. aku susah tau nk sayangkan kawan sbnarnya.. and they are the only person that i loved very much compare to my previous friends.. tapi aku sedar, kawan ni tak selamanya ada pun dgn kita.. kadang2 dlm skelip mata, mereka boleh hilang dan pergi cmtu je.. kita pulak yg akan rasa syok sendiri.. 
Ni Nad. Tempat gossip ngumpat dan banyak lagi! syg hang!
tapi serius aku cakap, degn diorang ni aku rasa bahagia.. aku rasa aku tak fake pun.. dgn diorang la aku jd diri aku.. tp terpulang la kalau diorang dapt terima ke x kekurangan aku.. mungkin dlm adab berkawan pun, pasti ada benda yg terasa hati or wateva la.. aku ada je trasa hati, tp aku paksa gak buang perasaan tu, sbb aku sayang.. aku tak nak jadi selfish aku tak nak silaturrahin hancur dsbbkan benda yang tak masuk dek akal.. 
gambar ketaq la pulak. tp deep gambar ni idk why
Tapi perancangan Allah adalah sebaik2 perancangan.. aku cuma doa kalau tak dapat jd sahabat dunia, aku harap jd sahabat di akhirat kelak.. Aku tak kisah pun kalau aku je yg syok sendiri anggap diorang ni bestfriend aku sbb hati tak dapat tipu.. and aku jugak tak kisah kalau diorang just anggap aku kwn sekadar kawan je.. tu terpulang la.. 
trip to melaka. thankyou yeen bawak kitorang pusing2.. yeay dpt kwn baru lagi!
video
ntah setiap kali play setiap kali tu aku gelak hahahah

Bukan nk ckp aku ni desperate nk kwn, aku ikhlas nk berkawan.. And aku tak suka ada musuh2.. kalau ada skalipun, aku try mintak maaf even aku x tau berpunca dari aku or not.. ntah la.. hidup ni sementara je.. selagi kau hidup, selagi tu dugaan hidup tak kan henti.. 
tak tahu sem brp tapi mmg keje selfi je tak kira lec ade ke x haha
ingat la sperkara ni, walau apa yg terjadi walau apa pun masalah dugaan dlm ukhwah ni, aku nak korang tahu, tu cuma mainan syaitan nak pisahkan.. sbb selagi aku mampu jaga tali ni, aku jaga.. tapi kalau dh tputus, itu takdir.. aib aku akan simpan hingga akhir hayat..
Okay.. Settle sudah entry ni. now bersiap2 packing balik kelantan.. jumpa happy pills kat sana.. if aku ada buat silap and terasa hati korang, aku mintak maaf.. aku manusia.. tak sengaja, hanya ingin bergurau senda.. 
ni tukang koyak kulit udang aku hmm sedapnya kambing time ni :(

aku doakan walau korang jauh di mata, tp dekat dihati aku and sentiasa dlm doa-doa aku.. aku sayang diloh, aku sayang meknad dunia akhirat.. and satu je aku harap sangat2, korang je yg aku harap dpt dtg if ajal aku dh sampai, and aku mohon doa kalian utk aku di alam sana.. bukan mendoakan maut, cuma kawan2 aku paling dekat hanya korang, jenguk la pusara aku nnt.. aku mohon.. terima kasih Allah sbb bagi aku kenal ngan dua ketul panda ni walau hanya perkenalan yg amat singkat.. 

Nurul Nadiah bt Che Zainuddin
Nik Nur Adilah bt Nik Azhan

//aku menulis tulus dari hati dan jauh sekali mintak perhatian. hanya ingin menjadikan sebagai memori indah. 

Sunday, 12 March 2017

Pengalaman mendekatkan aku dengan Maha Pencipta

Macam mimpi je aku sebenarnya dah ada di Arau!!! Esok bermula lah hidup baru aku. Kenapa aku kata baru? Padahal masuk sem baru je. Ada lah masalah yang tak dapat aku cite kat sini. Masalah yang aku hadapi sehingga kan aku rasa downnnnnnn sangat2.. Aku ada terdetik di hati dan memang aku dah bagitau umi bahawasanya aku nak berhenti belajar. Senang citer quit ah. 

Aku tak pernah rasa downn mcm ni. Aku rasa ni lah dugaan yang paling paling berat aku hadapi. Aku hadapi sorang2 tau. Ye la sbb berkaitan dengan org sekeliling. Kadang tu aku rasa mcm takde Tuhan. Maksud aku stress sampai kepala aku tak leh nak run dh. Pening tahap tak tau nk kata ape. 

Then masa aku rasa down tu, aku nangis tak henti2, aku menjerit ibarat org mati anak, sbb aku tak tahan kenapa dilayan seteruk ni. Masa tu esok hari adalah hari first class aku sepatutnya. Means last week. Direct seminggu aku tak pegi kelas, aku tak balik uitm. Masa tu jugak aku di kampung, family aku ada di Selangor. Sedang aku nangis mcm org gila tu, umi call. Banyak kali jugak. Aku tak leh dengar suara umi lagi2 bila aku nangis, down. Makin sedih la dengar suara umi. 

Aku jenis yang tak akan tunjuk sedih depan umi atau abah. Aku tak sanggup tengok diorang lagi sedih. Aku tak tahu la tiba2 umi call. Mcm tau2 je aku tengah sedih teruk. Okay aku pesan awal2 eh, takde kaitan langsung dengan boifrennnn.. Harap maklum. 

After brapa kali ntah miskol dari umi, aku swipe di skrin phone. Aku slow talk aku cuba tahan dari suara teresak2 aku tu, aku bagitau yg aku nk quit. Umi jwb, 'umi tak kan bagi quit unless kaklong tukar kampus, yg tu baru umi bagi'. Aku berasa lega skit. At least aku tak berpijak di bumi Arau.

And it tooks me 3 days to think carefully. Aku tahu tukar kampus uitm ni tak sesenang spt yg aku pikir. Kena naik hq kat shah alam lg, tu lagi ni lagi, banyak sgt procedure. Lastly, aku tenang pada hari keempat, khamis.. Aku solat sunat, solat hajat, supaya Allah bagi yang jalan terbaik untuk aku pilih. Aku 200% memang mengadu kpd Allah, aku redha segala ujian Allah bagi. Aku dah penat dengan drama manusia. Semua nya aku serah kepada Allah. 

Hari Jumaat, aku rasa bodoh, bododh bengap sangat2, sbb sanggup korbankan harapan umi harapan family untuk tengok aku grad ijazah. Sanggup korbankan atas kebahagiaan orang lain. Aku cuba kuatkan semangat, tarik nafas dalam2. 

Sabtu aku sampai Arau. Aku rasa nak cepat2 abis kehidupan di Perlis ni. And pecah rekod aku tak hadir kelas direct seminggu !! Gila betul kau athirah.. Esok masuk week 2, Hati kena sado athirahhh.. Umi pesan, doa seorang ibu selalu mengiringi, jangan pernah rasa down. Biar org buat kita, jangan kita buat org. Biar bersederhana dalm mlakukan kebaikan, sbb dia tahu aku ni sanggup korbankan diri demi buat baik ngan org. Setahun je lagi, sabar lahh.. Sayu je baca pesan umi even dlm ws.. Abah pun selalu bagi kata2 semangat.. That time, aku rasa sangat sayang nya umi dan abah kepadaku.. 

Esok first day class aku.. Harap la esok dan hari2 seterusnya baik2 sahaja.. Goal aku naik grad cepat2. Nak habis cepat2. In shaa Allah. Thankyou korang yang sudi baca, saja nak share2 pengalaman hidup. hehe. 

Pesanan dari tuan tanah: Bila rasa diri hebat, rasa semua orang lain bermasalah dan hanya diri sendiri sahaja yang betul, hati-hati lah, itu tanda hati yang gelap. Kalau rasa diri dah menang, tapi menang atas penderitaan orang lain, ingat lah, Allah itu Maha Adil. Sekian.