Sunday, 1 December 2013

Awak Pendek? Kite Geng ! ^^

 
 
Haaa, yang baca ni mesti pendek kan? Haha.  
Takpe, kita geng. *sep sep
 
Mungkin ada yang tak suka dia pendek, mungkin juga ada yang suka.
Tapi you should proud because you are short.
Banyak tau kelebihannya. Nak tahu?
 
Angguk angguk !
 
1. Comel. Tak caya? Tengoklah berlambak orang dekat facebook
dan twitter post macam ni:  "Pendek itu cute"   Haha!
 
2. Kalau nak beli baju, kasut, seluar segala bagai senang nak cari !
Baju pon boleh jadi labuh. So easy. Kacang jerlahh.
 
3. Kalau nak pergi mana mana tempat yang mana orang pendek je boleh masuk,
kita pon boleh masuk.
 
4. Awet muda. Mesti orang sekeliling kita fikir kita ni budak budak
tak cukup umur. Haa, kalau korang umur 20 tahun sekalipun,
orang akan ingat umur korang 6 tahun. Ekeke.
 
5. Time raya. Hmm, mesti korang nak duit raya kan?
Hatta orang berumur 26 tahun pon nak duit raya lagi tau. Tapi kalau kita pendek,
orang ingat kita ni budak jadi dia pon bagi duit raya. Kan untung tu? Haha.
 
6. Tak payah disuruh buat kerja. Kononnya masih budak tak tahu apaapa.
 
7. Kalau bergaduh, tak dipersalahkan. Ekeke.
 
6. Dan banyak lagi. *Fikir sendiri lah. Penat perah otak.
 
Tapi still ada kelemahan jugak kalau jadi pendek ni. Antaranya:-
 
1. Sering dibuli. Kononnya kita masih budak.
2. Sering diejek.
3. Jadi bahan lawak pada orang ramai.
4. Dan lain lain.
 
Conclusionnya, pendek itu ada kelebihan dan ada kekurangannya.
Begitu juga dengan tinggi.
Terimalah seadanya apa yang Allah dah kurniakan pada kita.
Bersyukur itu lebih baik daripada asyik kompelin.
-Muhasabah untuk diri sendiri jugak. Saje2 nak sharing mlam2 gini.. 
Eh esok athirah kelas pukul 8 pg.. Kena tido awal.. acece.. ni pon dah pkul 12.. ^^
Goodnight bloggers.. Thanks baca :)

1 comment:

Lisa seoby said...

Akak!! Kita geng.. yeahh.. memang best kalau jadi pendek but part kene ejek tu yang paling lisa benci >_<