Aku habiskan sisa cuti sem aku dengan jaga tok ayah di kampung. Walaupun aku berdua je kat rumah, aku happy. Tapi kadang2 ada je rasa sunyi. Ye laa tok ayah dah xleh cakap. Mulut dia dah x mampu nak ungkapkan kata. Kalau dia ckp skalipun, aku kena faham elok2.
Tapi kalau asyik tanya je, dia pun malas dh nak layan aku. Penat mungkin. Terdetik jugak dalam hati aku nak balik bangi nak jumpa family kat sana, tp apakan daya, aku kesian kat tok ayah. Sepupu2 pun semua dah balik tempat pengajian masing2. Masa aku kat perlis pun, diorang yg jaga. So, kali ni turn aku pulak.
Diorang xpe la family mmg ada kat kampung, aku ni jauh. Sedih ada jugak ye laa org lain balik cuti dpt spend time ngan family, aku tak. Setiap kali cuti, sejak2 aku duk nr ni, asyik balik kelantan la sbb teman member aku drive. Kesian pulak dia nk drive sorang2. Jauh tu. Bimbang kang terpejam mata letih drive, Nauzubillah. Sayang lg kat dia tu.
And aku boring sbnarnya. bukan ape, aku nak la outing ke lepak2 ngan member. Member aku kat kampung yg ada pun, tu ha yg duk billion tu. And jeliniah. Tp nak wat caner, diorang pun ada member sndiri gak kat sini, member skolah. Mesti diorang rasa cemuh gak arau jumpa, kelantan takkan nk jumpa lg. Hadap muka sama. Fikirku.
Kalau la aku kat kuching ni dh lama aku ajak keluar. Mmg x lekat ah kat rumah kalau kat kuching. Member pun skepala. Sejak duk bangi, if aku balik cuti kat sana, aku drive sorang explore lah mana2. Kekadang tu tgk wayang sorang, makan sorang, p ioi mall ke alamanda ke. Biarlah org nak kata aku forever alone ke apa ke. Kdg2 best jugak kluar sorang2, wlaupun sunyi tu adalah sikit. hee..
Ingatkan dah balik kelantan, dah ada member2, dpt ajak keluar. Tp sebaliknya. Diorang anggap aku member bila kat arau je, dah sampai kelantan, jd title stranger. Tp tu la, slps kjadian kat restoran kukup aritu, aku mula sedar. Rupanya aku je yg tersisih. Aku yg menjadi penganggu slama ni. Aku je yg anggap diorang sahabat. Aku yg over.
Teremosi la kalau bab2 cenggini, Padahal nak story tentang tok ayah. haiyaa.. back to story. Aku mula sedih kalau tgk tok ayah termenung, menyendiri. idk why. Aku dh plan hari tu mmg aku nak balik bangi, tp setelah kejadian yg buat aku berubah hati, aku batalkan niat.
kejadian tu, bila aku ckp kat tok ayah 'kaklom nak balik bangi, and xde sapa kat rumah, jd tok ayah tinggal ngan che mas (mak sdare) deh'.. Abis je aku ckp camtu, terus dia bangun meluru masuk bilik dia and ambik tuala, then jalan (mampu heret kaki pelan2 sbb x larat nak berjalan) mnuju ke pintu rumah. aku tanya tok ayah nk g mana, then dia ckp sbb dh xde org kat rumah (dgn nada yg sedih, slow dan x brapa jelas kata2). Aku lupa yg aku belum bagitau tarikh bila nak balik, mungkin tok ayah fikir hari ini. Ntah knp aku sedih sgt. Walaupun dia dh xleh bicara sgt, tp mlalui mata, kita dpt tahu perasaan dia ketika tu. Terus aku batalkan niat nk balik bangi. Hati aku sebak.
And thats why until now, im still here. Take care of him. Nak balas jasa. Sbb masa aku diploma dulu, wiken je balik sini, dia dan arwah mek yg jaga aku, masa aku study di meja, tok ayah hulur air milo. Sentiasa. Teman aku study kdg2 sampai tertidur di sofa. Maafkan kaklong tok ayah andai kaklong ada buat tok ayah sedih.
Now, rutin aku, setiap kali makan, aku suap tok ayah, sbb tgn dia dh x larat nak angkat, pampers, mop lantai bila dia dh x mampu tahan buang air kecil, teman tgk tv, pimpin bila jalan, aku bukan nk tnjuk bagus, cumanya aku harap bila suatu hari nnt aku baca balik entry ni, aku dpt flashback balik.. Alright setakat ni je la. Maaf lau ada kata2 yg kurang enak. Selamat malam 😃
2 comments:
sy fhm perasaan NA. sbb sy prnh jaga arwah nenek laki & pompuan sebelah mama. cucu yg lain taknak bergilir jaga. tak suka tinggal d kampung kot. mmg sunyi sebab takdak kwn lain. bila sy smbg bljr, adik & mama plak amik turn jaga dorg. bila sy cuti, sy plak yg jaga. bila dorg dah pergi, rindu plak nak jaga dorg. sebab dah biasa 😊 sbnrnya dorg hanya nak anak2 & cucu bkumpul ketika dorg dah tua. parents blh jaga, didik & besarkan 10 org anak, tetapi sorg anak blm tentu mampu mjaga keduanya 😭
@Nour Adieb sama situasi la wak.. bila dh sambung blajar balik, rasa rindu pulak nk jaga. sbb dh biasa hari2 tgk muka tok ayah je. betul kata awk. org tua nak perhatian dr anak dan cucu je sbnarnya. diorang rasa sunyi bila ank cucu jauh2. paling sebak bila tgk muka tok ayah bila salam nk balik tmpt blajar :'( nampak air mata bertakung wlaupun x mengalir keluar.
Post a Comment