Sunday 12 March 2017

Pengalaman mendekatkan aku dengan Maha Pencipta

Macam mimpi je aku sebenarnya dah ada di Arau!!! Esok bermula lah hidup baru aku. Kenapa aku kata baru? Padahal masuk sem baru je. Ada lah masalah yang tak dapat aku cite kat sini. Masalah yang aku hadapi sehingga kan aku rasa downnnnnnn sangat2.. Aku ada terdetik di hati dan memang aku dah bagitau umi bahawasanya aku nak berhenti belajar. Senang citer quit ah. 

Aku tak pernah rasa downn mcm ni. Aku rasa ni lah dugaan yang paling paling berat aku hadapi. Aku hadapi sorang2 tau. Ye la sbb berkaitan dengan org sekeliling. Kadang tu aku rasa mcm takde Tuhan. Maksud aku stress sampai kepala aku tak leh nak run dh. Pening tahap tak tau nk kata ape. 

Then masa aku rasa down tu, aku nangis tak henti2, aku menjerit ibarat org mati anak, sbb aku tak tahan kenapa dilayan seteruk ni. Masa tu esok hari adalah hari first class aku sepatutnya. Means last week. Direct seminggu aku tak pegi kelas, aku tak balik uitm. Masa tu jugak aku di kampung, family aku ada di Selangor. Sedang aku nangis mcm org gila tu, umi call. Banyak kali jugak. Aku tak leh dengar suara umi lagi2 bila aku nangis, down. Makin sedih la dengar suara umi. 

Aku jenis yang tak akan tunjuk sedih depan umi atau abah. Aku tak sanggup tengok diorang lagi sedih. Aku tak tahu la tiba2 umi call. Mcm tau2 je aku tengah sedih teruk. Okay aku pesan awal2 eh, takde kaitan langsung dengan boifrennnn.. Harap maklum. 

After brapa kali ntah miskol dari umi, aku swipe di skrin phone. Aku slow talk aku cuba tahan dari suara teresak2 aku tu, aku bagitau yg aku nk quit. Umi jwb, 'umi tak kan bagi quit unless kaklong tukar kampus, yg tu baru umi bagi'. Aku berasa lega skit. At least aku tak berpijak di bumi Arau.

And it tooks me 3 days to think carefully. Aku tahu tukar kampus uitm ni tak sesenang spt yg aku pikir. Kena naik hq kat shah alam lg, tu lagi ni lagi, banyak sgt procedure. Lastly, aku tenang pada hari keempat, khamis.. Aku solat sunat, solat hajat, supaya Allah bagi yang jalan terbaik untuk aku pilih. Aku 200% memang mengadu kpd Allah, aku redha segala ujian Allah bagi. Aku dah penat dengan drama manusia. Semua nya aku serah kepada Allah. 

Hari Jumaat, aku rasa bodoh, bododh bengap sangat2, sbb sanggup korbankan harapan umi harapan family untuk tengok aku grad ijazah. Sanggup korbankan atas kebahagiaan orang lain. Aku cuba kuatkan semangat, tarik nafas dalam2. 

Sabtu aku sampai Arau. Aku rasa nak cepat2 abis kehidupan di Perlis ni. And pecah rekod aku tak hadir kelas direct seminggu !! Gila betul kau athirah.. Esok masuk week 2, Hati kena sado athirahhh.. Umi pesan, doa seorang ibu selalu mengiringi, jangan pernah rasa down. Biar org buat kita, jangan kita buat org. Biar bersederhana dalm mlakukan kebaikan, sbb dia tahu aku ni sanggup korbankan diri demi buat baik ngan org. Setahun je lagi, sabar lahh.. Sayu je baca pesan umi even dlm ws.. Abah pun selalu bagi kata2 semangat.. That time, aku rasa sangat sayang nya umi dan abah kepadaku.. 

Esok first day class aku.. Harap la esok dan hari2 seterusnya baik2 sahaja.. Goal aku naik grad cepat2. Nak habis cepat2. In shaa Allah. Thankyou korang yang sudi baca, saja nak share2 pengalaman hidup. hehe. 

Pesanan dari tuan tanah: Bila rasa diri hebat, rasa semua orang lain bermasalah dan hanya diri sendiri sahaja yang betul, hati-hati lah, itu tanda hati yang gelap. Kalau rasa diri dah menang, tapi menang atas penderitaan orang lain, ingat lah, Allah itu Maha Adil. Sekian.

2 comments:

Mrs Pip said...

Hope everything will be ok, stay strong girl.
Hidup penuh ujian.

Airah Syahirah said...

tabah okay. memang hidup ni ada pelbagai ujian. yg penting dptkan doa mak ayah. kena sentiasa kuat