Tuesday, 16 May 2017

Part 1 :

Morning bloggers.. Tinggal 10 hari je lagi nak puasa.. Sekejap pulak rasa nya.. Terasa bru je sdg berpuasa tahun lps..  Terbayang pulak saat2 p bazaar dewan 2020, kangar, solat terawih di masjid arau, bukak puasa sama2.. tp tu sbg kenangan dah skrg.. sbb semua tu dh takkan berlaku lagi.. *tarik nafas dalam2

Entry ni aku cuma nak luah je.. Siapa yang x minat, aku sarankan close je tab window ok.. 

Dulu aku ada sahabat baik.. Sahabat yg sentiasa ada dlm setiap doa aku. Sahabat yg aku tak pernah 'hold' utk tlg bila mereka memerlukan prtolongan dr aku. Bila mereka minta tolong, aku tanpa sesaat pun akan tlg semampu aku. walaupun di luar kemampuan aku. ye la demi sahabat, aku rela je. org pernah kata aku ni tak pandai memujuk, tak pernah tunjuk care. Aku mengaku aku mmg x reti dlm memujuk terutamanya bila kawan sdg merajuk. Tapi aku akan sedaya buat kawan aku happy, tu kot konteks memujuk aku. 

Tapi disebabkan kelemahan aku yg satu itu, aku di salah tafsirkan, aku dikatakan tak amik kisah trhadap kawan, terus aku disisihkan. Aku difitnah menyebarkan aib nya, sedangkan tidak sama sekali. Aku tak tahu sama ada itu cuma alasan utk putuskan silaturrahim atau ada sebab lain. Wallahualam. Aku langsung tak pernah tinggalkan dia, langsung tak pernah tak lebihkan dia. Tapi kenapa aku dilayan sebegini? 

Memang adab berkawan bertiga kot. Dalam bertiga, pasti ada seorang yg disisihkan. Yup itu aku. Mereka datang memberi kenangan, tapi tinggalkan memberi sejuta luka. Siapa je tak rindu sahabat baik kan. Yang dulunya bahagia, sekarang ditinggalkan keseorangan. Sekelip mata. Putus sahabat lebih teruk dari putus boyfriend. Aku hampir meragut nyawa aku sendiri, disbbkan kejadian ni. Nak move on ambil masa tau. Bukan mudah nak lupa. Org pernah kata, 'alah, kawan je pun. tp mcm lakibini dia punya sedih'.. banyak lagi la kritikan aku dapat.

Aku mmg sayang sahabat aku. Walaupun aku dibuang mcm sampah, dilayan mcm sampah, aku tetap maafkan. Ntah la. Sayang aku tu melebihi segalanya. Aku hadap je segala kritikan yg aku dpt. Aku tak tahu la salah aku apa di mata sahabat aku tu. Mana pernah aku tinggalkan, mana pernah aku tinggikan suara, mana pernah aku marah. Tapi selepas dia buat aku mcm2, semua terlepas. 

Alamak, batery laptop low. Nnt aku sambung Part 2 ok. Till then. 

No comments: